Sep 18, 2013

Minum Air Gula *MGTT Test*

Hari ni check up spt biasa, 28w. 

Buat pertama kali kena minum air gula time check up n pertama kali dlm hidup la. Time preg Aleesya dulu tak de lagi prosedur mewajibkan ibu hamil minum kecuali yg ada family background kencing manis tp skrg semua ibu2 berusia 25tahun ke atas wajib minum air gula kt KK. 

Sebelum minum, kena puasa dr jam 10pm n pg2 jam 8am dh kena dtg KK. Darah akan diambil 2x, sekali sebelum minum air gula n sekali lagi 2 jam kemudian dgn diri masih lagi puasa. Baby mama dah gerak2 ni dalam perut, lapar n rasa manis je kot, hehe.

Time amik darah yg pertama, nmpk la sorang mkck n pkck duk minum air gula (warna oren) terkulat2..dlm hati dh tak keruan dh tu, cmane aku nk minum jap lg ni...

Alhamdulillah dpt minum dgn baik. Air gula kt KK P9 perasa oren, so tak de la rasa gula sgt kan. Air gula dlm 2/3 gelas plastik yg cm kita beli air di pasar malam tu. Hilang segala rasa kerisauan nk minum air gula. Nasihat kawan2, kena minum terus air tu, jgn sikit2 nanti payah nak abiskan. Teringat minum pati ikan haruan time berpantang dulu, lagi lah yarks! haha...

Lps minum air gula, jgn tidur. Kalau boleh pegi jalan2 atau rest dlm masa 2 jam tu. Kalau tidur, gula tu elok je tersimpan kan, haha...kebetulan kt KKP9 ada seminar penyusuan susu ibu, layan kan la...haha...konon sbb dh ada experience bf Aleesya kan..dan Internet peneman setia haha. Nurse yang bg talk tu pun cakap nak tak nak je, asyik baca slaid je. Ada satu couple husband n wife ni saya tengok baru nk jadi parents kot, semangat dengar n tanya soalan, nurse tu pun jawab nak tak nak je. Adeh, kesian lak.

Lps je seminar penyusuan, elok2 jam 10.30am saya naik atas menunggu kat makmal untuk ambil darah lagi sekali. Lps ambil darah, pergi scan kat bilik nurse dan tunggu. Oh lamanya menunggu. Bila nombor dipanggil, check up seperti biasa, berat saya turun 400g, "nurse cakap awak diet ye.." ye la, last time c.up naik 4kg kot, mahu tak risau. Hb masih rendah. Then kena tunggu nombor untuk masuk jumpa doctor n ambil result MGTT tadi.

Ini kali juga menunggu satu penyeksaan juga. Saya malas nak pergi makan dulu sebab kena turun bawah dan naik balik, makan kat food court P9, kat KK tak de cafe. So tunggu je la kot la sekejap kan, lupa lak nak bawak bekal roti/air dalam beg. Bila nama dipanggil, rasanya hampir 2 jam kot, masuk dlm bilik Doc rupanya result MGTT tak siap lagi. WTH! Marah dah ni makcik, siap btau doc tak makan lagi ni. Doc boleh lak jawab, "saya pun tak makan lagi puan"...*ish doc ni, nak kena ngan aku ni, awak tu x pregnant n awk sepatutnya bfast sebelum bertugas*  nurse cakap nanti lps pukul 2pm dia akan call dan minta saya tulis sendiri dalam buku. Kalau mcm tu, sepatutnya baik lps jumpa nurse terus balik kan. adeh! ni yg tak suka ngan KK.. :(

Lps c.up terus pg makan dan balik rumah. Dalam pukul 2 lebih, nurse call dan bgtau result. Alhamdulillah normal.

Next c.up lagi 2 minggu, camane nak naikkan hb ni...

image googled, prosedur ujian MGTT
image googled, byk tu la air gula nya cuma di KKPJ color oren
result MGTT saya, normal. Pen biru tu saya tulis sendiri




3 comments:

  1. Saya tgh nervous kena minum air gula pg ni di kk meru. Last time minum 2y back erkkk.... Bace blog awk reda sikit....alhamdulillah....tq2

    ReplyDelete
  2. Saya tgh nervous kena minum air gula pg ni di kk meru. Last time minum 2y back erkkk.... Bace blog awk reda sikit....alhamdulillah....tq2

    ReplyDelete
  3. Dapat minum yg perisa oren? Bestnya! Sy minum yg plain je. Sangat tak sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...