Jun 28, 2013

Risiko HB Rendah Semasa Hamil


Sedikit info yang ditanya kepada enchik google berkenaan dengan HB rendah semasa hamil.

Di antara punca HB rendah kerana:

- peningkatan dalam isipadu darah
- penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
- penurunan kadar HB normal
- kurang pengambilan zat besi dalam diet
- kekurangan asid folid
- pendarahan gastrointestinal
- kehilangan darah daripada pendarahan buasir

Risiko HB rendah:

- Kesan kepada ibu: pitam atau pengsan, mengalami keguguran, kegagalan jantung, pendarahan semasa mengandung dan bersalin, risiko mengalammi penyakit berjangkit

- Kesan kepada bayi dalam kandungan: pertumbuhan janin terbantut, lahir tidak cukup bulan, berat bayi kurang daripda 2.5kg, anak lemas semasa lahir atau mati ketika dilahirkan

Kepentingan HB ketika ibu hamil:

- Kandungan kurang daripada lima bulan: pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna) manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

- Kandungan lima hingga tujuh bulan: bayi telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika HB terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu.

- Kandungan tujuh bulan ke atas: sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (HB). Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan, jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit di mana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Bagaimana untuk meningkatkan HB?

- Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti daging lembu (merah), daging ayam (bahagian dada), kerang, ikan bilis, sayur bayam dan hati ayam.

- Jangan ambil pil tambah darah bersama-sama dengan susu termasuk teh susu/kopi susu kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin sebaliknya diambil bersama air masak atau jus buah-buahan.

HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.


Those di bawah ni antara pil iron yg pernah saya ambil sewaktu mengandungkan Aleesya:

iron tablet ni yg klinik bagi, biasa makan 2-4bj sehari

ini beli kat farmasi, lg berkesan tp ubat bapak besar



Semasa berpantang, saya mula diperkenalkan dengan supplement Shaklee. Mengandung kali ini saya amik pil ini sahaja, nanti tgk result camane sama ada perlu mkn ubat-di atas atau boleh hanya amik Vitalea ini sahaja.

Jun 26, 2013

2nd Time Pitam

Balik kerja semalam terus pegi dapur nak masak apa2 yang patut untuk dinner. Dahla dengan jerebu nya lagi, semua pintu dan tingkap rumah ditutup. Oh lemas tau duk dalam rumah tak de udara dari luar. Sedang elok nak prepare barang nak masak, tiba2 datang lagi pening2, berpeluh badan. Alamak, nak pitam lagi ke...terus tinggalkan barang dapur dan pergi rest kt sofa.

Bila dah ok sikit, pergi dapur balik, konon nak sambung masak. Lagi sekali pitam. Huh! Buka peti cari apa2 yg patut boleh makan, saya amik buah pear dan segelas air masak pergi rest kat sofa balik. Makan buah dan minum air, rest sekejap baru ok..Then pergi sambung masak kat dapur, pintu dan tingkap buka sikit ye. Hopefully hujan turun la slps tu sebab langit mendung macam nak hujan.

Ni kali kedua preggy 2nd one ni saya nak pitam. Sure tekanan darah rendah lagi ni. Kali pertama di entry ini.

Jun 4, 2013

Buku Merah Baru


Setelah sekian lama tak datang KKPJ, hari ni saya kembali untuk buka buku merah baru.

Saya tetap nak buat buku merah di KKPJ, sebabnya guna alamat rumah lama dan boleh bersalin di HPJ. Kalau nak ikutkan alamat tempat tinggal dah kena ke Hosp Serdang.

Appoinment jam 10.00pg, dalam 9.30 saya dah sampai klinik selepas sarapan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah di Presint 9 yg sedap dan mahal! =)

Oh sekarang dah tak de ambil nombor, setiap patient terus masukkan buku atau kad masing-masing ke dalam bakul yang disediakan mengikut masa appoinment.

Belum sampai jam 10.00 nama saya dah dipanggil. May b sebab patient yg buat appointment sblm tu dah dipanggil. Prosedur masih lagi saya ingat sama mcm dulu iaitu:

1. Ujian air kencing. Sekarang tak letak dalam botol dah, letak mcm dlm cup then bawa pada nurse terus amik result. -->NORMAL

2. Ambil darah, kena scan card dulu. Masih sama.

3. Scan card utk jumpa nurse. Bilik 36. Buka buku baru, lama sikit la, nurse nak tulis dan tanya macam-macam, refer dgn buku yang lama. Timbang berat dan check perut. Dpt sticker hijau, sebab 1st dulu sy bersain czer. Yang paling best nurse check EDD baby 06.12.2013. Sama birthday dgn kakak Aleesya kalau baby keluar on time. Yg saya check sendiri EDD 05 atau 07 Disember 2013.

4. Scan card lagi untuk jumpa doctor. Bilik 11. Doc tak scan sbb saya dah pernah scan kt klinik sebelum ni, gambar lupa nak bawak. Doc minta saya ambil darah lagi sekali sebab masa preggy Aleesya dulu, ada satu test darah saya tak dapat detect result sama ada saya ada Anemia atau tak. Semua dulu tu sebab HB saya rendah, dalam 9-11 je. Tu yg dapat sticker hijau jugak dulu. Doc juga siap bagi beberapa date untuk:
a) minum air gula - uiiii tak best! Tak de pengalaman pun minum air gula
b) scan baby - suka....mesti dah tahu jantina dan kesihatan baby. Hopefully air ketuban juga cukup kali ni.
c) refer HPJ - sama ada boleh bersalin normal / czer jugak. OMG! Ya Allah, aku nak bersalin normal pulak kali ni. Cerita kelahiran pertama di sini.

5. Amik darah lagi sekali, so dua-dua belah tangan aku dah serah utk diambil darah.

6. Scan dan check gigi. Ok, Doc cakap jaga kebersihan gigi supaya gusi tidak berdarah semasa mengandung.


Alhamdulillah, kali ni check up tak lama sangat. Menunggu pun sekejap je. Selesai aje terus ke ofis, masuk lambat. Sampai ofis je rasa letih dan lemah je, may b sebab banyak ambil darah hari ni. Lupa lak nak minta MC.
        

Jun 1, 2013

Kali Ni Lain Macam

Memang sangat lain macam mengandung kali ni dgn mengandung Aleesya dulu. Alhamdulillah masa dulu tak de alahan apa, kerja macam biasa. Atau mungkin sebab masa tu tengah sambung Masters, belajar dan siapkan assignment bersama-sama suami dan kawan2 mungkin penguat semangat mama ketika itu.

Mengandung kali ni mmg penyakit M melampau-lampau, hujung minggu hanya duduk rumah je. Pagi tadi siap nk pitam time beli barang basah kat Econsave. Nasib baik tak jatuh. Selasa ni jumpa doctor, buka buku merah kembali.

Harapnya mengandung pada kali ni tak de masalah lain lagi daripada alahan M dan letih di awal-awal ni.

Musim cuti sekolah ni ramai yang kawin, kt Whatsapp group family pun duk sebut pasal Nasi Minyak, ha..tetiba ngidam nasi minyak kawin Terengganu, sedap woo gulai daging dan ayam masak merah. Ptg pergi makan nasi beriyani yang tak brp nak gam kt Sarina Café kat Seksyen 15. Biasanya makanan kt Sarina boleh tahan, may be sebab nasi beriyani tu yg dah siap masak kot, tu yang kuraeng sikit. lauk ayam masak merah pun agak masin. harus pekena nasi beriyani JM atau kt Putrajaya ni. apa-apa pun, balik kampung nanti mesti nak juga makan gulai daging rempah bunga ros, haha..

nasi beriyani ayam masak merah dan daging hitam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...