Jul 10, 2013

Salam Ramadhan 1434


Alhamdulillah diketemukan lagi dengan bulan kemuliaan ini.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

Hari pertama puasa, bersahur dan solat subuh kemudian keluar untuk ke ofis seperti biasa. Jalan agak jem daripada biasa, mungkin sebab semua orang keluar rumah awal kan. Dah la mengantuk ya amat, asyik menguap je. Semoga Ramadhan kali ini dapatlah saya berpuasa dengan penuh, sama seperti time mengandung Aleesya dulu. Bila puasa penuh ni rasa sekejap je abis bulan Ramadhan, sebab tak de tinggal kan hehe.

Hari ni berbuka puasa tanpa suami, dia out-station, dan mungkin saya juga akan terlibat dengan kerja luar juga. Harapnya terus diberi kesihatan dan kekuatan yang baik untuk bekerja dan beribadah kepadaNya.
Insya Allah.

Jul 2, 2013

Ikan Bilis Sambal Pedas

Bahan-bahan:

Ikan bilis gred A (yg mahal sedikit)
Bawang putih
Bbawang merah
Cili padi
Belacan

Cara-cara:

Ikan bilis dikopek, dibuang tulang dan kepala. Goreng garing. Kalau guna ikan bilis yg biasa, nanti kurang garing.

Bawang dan belacan ditumbuk, kalau blender jgn smp hancur sgt sebab nanti bila goreng, sambal jd hancur.
Masukkan bawang dalam api panas di dalam kuali. goreng sehingga kering, baru masukkan ikan bilis yg telah digoreng td. Siap untuk dimakan bersama-sama nasi panas.

p/s:

- Sambal bilis tahan 3-4 hari rangup jika diletakkan dalam bekas kedap udara.
 - Bila goreng bawang pastikan betul2 kering baru masukkan bilis, kalau tak nanti sambal basah dan ikan bilis xberapa rangup.
- Saya tak suka campur2 dgn kacang ataupun tempe. Suka bilis shj..

pic later bubuh sbb tak leh transfer dr hp ke lappy

Jul 1, 2013

Pesta Floria 2013

Ini kali kedua saya ke pesta floria yg setiap tahun diadakan di Putrajaya. Last time pergi rasanya masa kali pertama Pesta Floria diadakan. Lps tu mmg tak pernah pergi, walaupun dah duduk di Putrajaya. Entah, malas ke kurang berminat ke apa sebab tak tahu. Yg pasti suami mmg tak akan pergi la tempat crowded macam tu.

Rupanya tahun ni dibuat seminggu, rasanya biasa Pesta Floria 3 hari je atau saya yang ketinggalan? haha..Semalam my parent N adik dtg Bangi so saja bawa diorang pergi tgk Pesta Floria. Walaupun cuaca agak mendung, thanx god! Tp tetap panas. Berpeluh2 anak2 kecil itu. Kami pergi sekejap je, tak abis round semua pun. Then singgah pergi minum n balik rumah.

So enjoy the pics..





me 17 weeks, with kakak aleesya



aleesya and her cuzzie, aisyatul
tok ma with her cucus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...