Dec 30, 2013

Bersalin Anak Kedua di Pusat Perubatan Islam Azzahra

22 Nov (Jumaat): Balik kerja pukul 5.00pm. Jln jem, sampai rumah 7.15pm. Rasa sengggut dan nak buang air besar je. Sempat terfikir masa driving, kalau tetiba rasa nak beranak, camana nak bawak keta dalam keadaan jalan jem ni :)
 
23 Nov (Sabtu): 3am, bgn nak buang air kecil, ada sikit blood show warna coklat. Pakai pantyliner, amik birthmix. Ada jugak rasa nak buang air besar.
 
5.30am: Bgn buang air kecil, ada lagi show kt pantyliner, sambung tidur balik.
 
6.45am: Bgn subuh, baca surah Maryam. Baca doa dipermudahkan bersalin. Sapu vco jugak.
 
Robbi yassir wala tuassir
Robbi tammin bikhoir
 
24 Nov (Ahad): pagi, ada lg turun tanda sikit2, tapi masih tak sakit sangat, memulas2 je. Rutin buang air besar pagi2 pun macam biasa.
 
11.00am: contraction kot, tak berapa reti nak kira sangat, sekejap2 je. Rest je kat rumah, exercise ngan gym ball, kemas2 buku kat bilik bacaan. Mak cakap kalau sakit sgt sampai xleh buat apa tu br betul nak beranak.
 
5.00pm: Conx 5mi sekali, siap makan kopok lekor goreng. Solat asar, mandi n saje try tgk purple line. tak brp reti jugak, haha. Dinner makan roti n omelette, xtau nak makan apa. Aleesya pun tidur awal.
 
9.00pm: Nak pergi hospital tapi delayed, atas nasihat kak Sofia.
 
10.30pm: G Azzahra, sempat lagi singgah Papa Rich minum hot chocolate dulu. Sampai Azzahra, nurse check ve baru 2cm, request nak balik rumah. Dibenarkan pulang, rumah pun dekat je.
 
25 Nov: Breakfast nasi kerabu, tak abis sebungkus sebab makan sambil layan sakit conx. Siap msg kat kawan ofis saya cuti, kalau tak beranak lagi esok dtg kerja la, hehe..
 
Mak dtg KL naik bas sorang2, tq ma! Bibik siap cakap baby nak tunggu tokma datang kot baru nk keluar.
 
10.30am: G Azzahra balik, terus masuk LR sebab bilik penuh. Sepanjang Layan aje conx tu 5min sekali, duduk bangun n jln2 kat lm LR. Lunch kt situ, makan pun tak abis. Lps lunch nurse suruh amik wuduk siap2 sebab nak pasang alat nak check ctg baby. Suami pergi settlekan hal deposit payment dsb. Line hp pun tak berapa nak ada kat situ. Suami duk update mak dah sampai mana2 sebab nanti bila sampai bus stand nak pergi amik mak dtg klinik.
 
Azan boleh dgr dari Masjid hijau kat depan klinik je. Lps azan zohor, terus solat jamak zohor & asar sambil baring atas katil. Nurse tlg pakaikan telekung. Sambil solat sambil layan conx sampaikan siap terlelap nak tunggu abis solat.
 
Nak buang air kecil pun nurse tlg pakaikan alat kat salur kencing (2x). Dulu masa nak bersalin Aleesya czer, so tak sedar buang air masa bila sebab daripada awal alat tu dipasang.
 
Layankan conx, sakit jugakla. Lamanya nak tunggu 10cm. Ada masukkan ubat apa ntah, nak bagi kurangkan sakit, nurse cakap akan rasa nak tidur, tp hurm sakit jugak, ngantuk sikit2 je. Siap induce sekali nak bagi cepatkan buka jalan. Time 9.5cm, siap request ngan doc/nurse, tak leh teran ke..tak kan nak kena cukup2 10cm baru boleh teran. Doc masuk ckp teran je la kalau rasa nak  teran..hahaha lawak!
 
7.00pm: Azan maghrib, duk layan contx dan meneran. Boleh pulak terfikir, contx masa azan, nak teran ke nak stop, hurm sempat lagi.
 
7.20pm: Setelah beberapa kali meneran, akhirnya keluar jugak baby boy. 3.41kg. Nurse angkat baby letak atas badan saya sekejap, lepas tu baby diambil dan dibersihkan kat atas meja di sebelah katil. Boleh nampak la apa yg nurse buat kat baby tu.
 
Saya siap suruh suami ambil gambar baby. Masa tu dah hilang terus rasa sakit, duk tunggu doc jahit. Sempat jugak tanya doc, lamanya doc jahit, byk ke lukanya. Dia kata biasa je..amboi. Time doc jahit mmg tak de rasa sakit pun. Suami azankan baby. Nurse tanya nak breastfeed atau tak, saya jawab nak BF. 
 
8.30pm: Dipindahkan ke dalam wad, mak ada sama. Suami balik ambil kakak Aleesya.
 
Ada cerita juga pasal mak saya. Mak sampai klinik hampir2 waktu maghrib, kawan makcik yang hantar, mak tak berani nak ambil teksi daripada bas stand ke klinik. Sampai ke klinik dah hampir waktu Maghrib, mak tak solat lagi zohor/asar sebab bas tak berhenti katanya. Perjalanan yg lama dr KT-Kajang. Mak tanya nurse kt luar LB, nurse bgtahu saya tgh nak bersalin dan Doc pun ada kat dalam, so mak terus ke surau solat dulu. Mak siap solat, azan Maghrib so mak terus solat Maghrib dulu. Elok2 lps solat masuk whatsapp dari suami saya yg hantar gambar baby dah keluar. Ngam2.  
 
Rasa haus sangat, minum air kosong je. Buka hp, byk terima ucapan tahniah drp keluarga dan kawan2. Baru rasa lenguh sangat lengan sebab duk pegang besi masa meneran baby. Tak boleh nak menaip sangt lagi. Baby masuk dan 1st time BF dia.
 
9.30pm: Suami sampai bersama Kakak Aleesya, tapau air milo. Tak dinner pun sebab dinner sampai jam 8.30pm je nurse cakap. Sepatutnya diorang kena siap dan tinggalkan la dinner utk saya kan, haha..lapar...Aleesya nak tidur kat wad tp suami dan mak pujuk minta dia balik rumah dan dtg semula esok. Malam tu mak yg temankan saya dan baby kt wad. Baby pun tak byk ragam sangat.
 
26 Nov: Breakfast nasi goreng kau..haha, mak saya yg tlg abiskan. Orang berpantang makan roti dan air milo je. Pg2 ada ustazah dtg bacakan doa, bg buku doa dan buah kurma. Doc dtg check tgk jahitan dan tanya sikit2, dia cakap dah boleh balik hari ni. Tp tnggu pakar kanak2 tgk baby dulu. Doc baby dtg tgk dan bgtau belum boleh balik sebab baby belum buang air kecil dr malam td. Tak lama lps tu, baby buang air.
 
Sebelum tghari check out, lps suami selesaikan urusan bayaran. Saya duduk atas wheelchair, nurse tolak sampai ke kereta. Kereta pun dapat park betul2 depan pintu klinik, tempat ambulans parkir.
 
Servis amat baik di sana, dan mungkin baby yang seterusnya pun nak bersalin kat Azzahra jugak.
 
my lunch in LR
muka org tgh layan contraction
our hero
kakak dan adik baby
 
comey je balut cam tu kan, baby tido lena
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...