Jan 1, 2014

First Month Check Up

Hari ni pegi check up sebulan baby Adrin kt klinik desa.

Berat: 4.7kg (naik 1.3kg) 
Wow...naik lebih 1kg dlm satu bulan. Mmg baby Adrin kerap menyusu dan rasa makin berat bila pegang dia. Kakak Aleesya dulu naik tak sebanyak adik.

Panjang: 59cm (naik 8cm), lilitan kepala: 37cm (naik 2cm)

Ambil 2nd injection for hep B.

Berat mama pula berapa? haha....last preggy berat 78kg. Yg pasti dah turun banyak, kurang dr awal2 preggy lagi...tp tak rasa kurus pun, haha...perut belum kempis sepenuhnya. Makan makanan org berpantang (tp ada yg langgar jugak), makan nasi ada tu 2-3kali sehari. Mama BF baby so mmg tak de istilah diet setakat ni tp harus ambil makanan berkhasiat. 

Moga berat badan turun lagi sikit, tp biasanya mmg takat tu je..nak dpt 60kg boleh? hahaha...

Oh ya, td nurse siap cakap n tanya mama kelihatan sihat n fresh, dia tanya tak penat/letih ke semasa berpantang n bf baby? Mmg saya sihat dan kelihatan bertenaga walaupun malam2 berjaga bf baby, siang pun tak tidur. Sempat saya share bersama rahsia saya kelihatan sihat dan cergas..

Next sunday kena p klinik kesihatan app dgn doctor pulak. Rasanya masa Aleesya dlu tak perlu jumpa doctor, hanya pergi klinik desa je. Takpela, ikut je mana2 yg baik.

*Nanti ada masa akan post entry2 2013 yg berlambak kt draft.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...