Mar 20, 2014

Milk Booster

Yeay, dah dapat apa yang diidamkan...





Lamanya cari buah berangan tak jumpa2..masa teringin nak makan ni la tak de, kalau tak, byk je jumpa kt tepi2 jalan org jual.

Teringat masa mula2 masuk keje lps abis pantang, terus kena out station kat Pahang, siap bawak anak2 sekali. OTW ke sana, singgah RnR Genting Sempah, kawan beli buah berangan. Masa tu saya tak de la teringin nak makan sangat. Tgh malam sblm nak tidur, saja makan buah tu. Dah sejuk pun tp masih sedap berlemak lagi. Tgh malam baby merengek nak susu, sambil BF dia sebelah lagi dah basah. Oh ini penyebab milk booster jugak ni. 

Tu yg kali ni tetiba konon nak tambah susu, beriya cari buah berangan. Tmpt yg confirm ada adalah Petaling Street dan AEON tp nk pg PS malas pulak hari kerja, lgpun ptg baru buka. Nak pg AEON aka JJ pun malas. Ari ni baru berkesempatan pg AEON maluri waktu lunch. sekali beli RM14 (400g) rasanya. Makan sampai lebam, hehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...