May 28, 2014

Happy 6 Months Old Darling

Alhamdulillah Adrin dah masuk 6 bulan. Berat 8.2kg, nurse kt klinik cakap sihat dan tembam, siap tanya bagi susu apa. Alhamdulillah rezeki Adrin utk minum susu ibu masih ada dan mama akan teruskan selagi boleh sampai dua tahun. Ari tu kt kedai ada sorang jurujual tu tgk n siap usik2 Adrin senyum n cakap, ni bagi susu ibu ni..sebab boleh perasan tubuh badan macam mana.

Wkend mama kerja so tak sempat nak spend masa siang hari dgn anak2 kat rumah. Papa pun out station. Walau bagaimanapun, mama sempat masak utk Adrin.

1st menu semi solid food utk Adrin ialah puree carrot..ingat2 lupa lg cara masak. Carrot dipotong kecik dan dikukus (steam), kalau rebus nt khasiat carrot keluar kpd air rebusan. Bila dah lembut atau masak, angkat dan biar sejuk sekejap then baru blend smp hancur. Kemudian boleh makan, tp kena tapis dlu sebab masih belum hancur sebetulnya. Baby 6 bulan belum ada gigi, hehe. Adrin pun pandai, bila mama suap yg besar sikit, dia keluarkan balik. Comey je..hehe. Boleh juga kalau nak dicampurkan dgn EBM bersama-sama puree tu.

Saya cuba gunakan 4 days rule, tapi buat 3 hari je kalau dia tak de alergi pd makanan tu. Next may b epal or nasi. Mama tak sabar nak cuba macam2 menu utk Adik. Dulu pernah terbaca org cakap bg sayur dulu sebab kalau bagi buah dulu, bila baby dah rasa manis buah dulu, dia tak nak makan sayur, betul jugak tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...