Aug 22, 2014

Kuih Belimbing

Kuih tradisional daripada Terengganu, my favourite. Kalau balik kg mesti akan cari dan beli kuih ni kat tmpt org jual kuih atau pasar. Rasanya sangat sedap, rangup di luar, gebu di dalam.

kuih belimbing
 
Ari tu tertengok ada orang jual churros, nama omputeh gitu. Try google tgk2 resepinya sama ngn kuih belimbing je. Cuma bentuk dia panjang, pastu mkn dip ngn choc/caramel. Kampung style kuih belimbing jek, hihii...resepi dia hamper sama ngan nak buat cream puff cuma ianya digoreng, cream puff dibakar. Saya tak pernah lagi buat cream puff.
 
 
Resepi:
 
1 cawan tepung
1 cawan air
1 bj telur
1 sb butter
1 sb gula
Esen vanilla
 
Cara2:
 
Masak butter, gula, air dan esen. Bila dah cair, tunggu sejuk, masukkan tepung dan telur. Kacau sebati. Goreng dan toskan. Tabur gula seperti buat donat. Siap untuk dimakan :) 

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...