Dec 29, 2014

Mee Rebus Terengganu

Musim hujan-hujan, rasa nak makan masakan panas2 macam sup je.

Hari ni buat mee rebus sup, versi Terengganu. Kalau mee rebus biasa, kuah nya mcm mee bandung atau mee jawa tu. Saya kurang suka sikit mee rebus tu. Mi rebus Terengganu lebih kurang macam mee sup.

Resepi: 
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Sayur spt sawi, lobak, tomato
Telur 
Ayam
Fish cake/fish ball (home made) - kali ni tak buat pun
Garam dan gula

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah yg telah dipotong nipis2.
2. Masukkan lada hitam yg telah ditumbuk sedikit.
3. Masukkan air (mcm nk buat sup)
4. Masukkan ayam, fishball dan telur.
5. Masukkan mee dan sayur.
6. Gula dan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dimakan panas2 bersama cili potong dan keropok keping.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...