Dec 12, 2014

Temuduga PTD lagi

Alhamdulillah, buat kali kedua saya dipanggil utk iv PTD lagi pada 12.12.14. Kali pertama hari tu, masa mengandungkan Adrin tahun lepas. Boleh baca kat entry ini.
 
Saya tak perlu seat exam online ari tu. Dapat pengecualian. Mula2 masa check mmg kena amik exam lagi. Pada hari nak exam tu rasa sangat malas nak seat exam malam tu. (exam sabtu malam). Sebelum maghrib, terdetik hati nak buka web SPA, rupanya ada pengumuman baru saya dikecualikan daripada seat exam malam tu. Huh, lega. Dah la ada perlawanan bola AFF Cup masa tu. Mungkin sebab saya baru lulus exam last year, so masih valid dan dikecualikan daripada exam tu. Saya teringat ada terbaca masa nak iv Penguasa Kastam dulu pun ada yang dikecualikan daripada seat exam.
 
Sebelum dtg iv, kena study dulu sikit2 pasal isu semasa, GST, IS, hal2 pentadbiran dan kerja skrg, dll...panel iv kali ni org yg sama masa temuduga PT ari tu, boleh baca kat sini so semak balik apa yg panel tu penah tanya dulu. Teringat lagi beliau yg byk provoke masa iv tu..selebihnya tawakkal sahaja.
 
Saya iv pada sesi pagi, suami kata beliau nak hantar pagi ni. Mungkin sekejap je sebab sesi 8.00pg, mungkin saya orang pertama lagi huhu. Sampai je depan SPA, sebelum turun cium tangan suami dan mintak dia doa byk2. Sampai tingkat 6, seperti biasa, serahkan resume dan tunggu. Hari tu juga ada iv jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat.
 
Saya no pertama, tunggu panel sampai lambat juga. Sempat berborak dengan kawan baru yg ada iv Peg Pembangunan Masyarakat. Bila no dipanggil, saya masuk bilik H. Pengerusi En Zainal Abidin. Bilik sebelah pun panel SPA yg perempuan Cina tu. Mula2 masuk, haruslah dalam keadaan sedia, ceria dan bersemangat walaupun dalam hati berdebar2. Panel 2 tu terus menyapa, "ceria nampak hari ni", macam boleh dapat markah lebih je, hahahha....
 
 
Antara soalan2 lain adalah:
 
- dia tgk saya asala negeri mana. Katanya sama tempat ngn KP saya sekarang. Alamak, cakap ala2 provoke dah tu. Dia cakap boleh je stay kt tmpt skrg, kerja dah lama nanti boleh naik pangkat. Masalahnya jawatan saya kan "kontraktor", hihihi. Mestilah nak cari jawatan yg kerja Tetap kan.
 
- Result Degree saya sepatutnya tak lepas utk PTD tp sebab saya ada Masters, so nama saya tersenarai jugak. For info, kelayakan nak dipanggil PTD Degree mesti lebih 3 pointer. Xtaula 3. berapa.
 
- Apa itu Defisit Budget. Bajet 2015 yg PM umumkan. Ada yg boleh jawab ada yang tak. Saya bgtau tak expert bab ekonomi, panel cakap xperlu nak tahu details, PTD kena tahu umum je semua benda, yg details biar bos tahu, hihi..
 
- RMK berapa sekarang
 
- Basic GST, di bawah jabatan mana, kementerian apa, siapa menteri kewangan. Ops, di situ sedikit kesilapan yg telah saya lakukan. Dgn konfiden sy jawab M.Kewangan 2 Tan Sri Hanazlah...panel siap kata saya ni English style, main sebut family name, itu nama ayah dia...huhuhu, haru+malu! Dia pulak tolong betulkan. Aah, saya tahu tp silap sebut masa tu.
 
- KPDNKK dalam English disebut apa. Alamak, saya dah gabra. Ntah pape. Siap panel bg hint sikit2. Ni rentetan daripada soalan GST tadi.
 
- Pastu terus minta saya speaking sikit, apa yg memotivatekan diri utk masuk PTD dan apa yg boleh saya contribute dalam PTD. Saya main cakap je, haha.
 
- Beza Duta dan Pesuruhjaya Tinggi (soalan sama masa iv PTadbir ari tu)
 
- Harga minyak. Cara soalan tu, awak dtg sini naik apa, keta isi minyak apa, harga minyak brp. Nasib baik boleh jawab.
 
- Apa yang awak buat sekarang.
 
- NKRA
 
- Gaji dah tinggi, klu dpt PTD gaji turun balik, suami keje apa, anak berapa, ready ke nak tinggal anak, kesihatan ok tak dll.
 
Alhamdulillah semua ok. Tp gaya panel2 tu tanya soalan mmg provoke je. Last sekali tu panel siap cakap "tebal sijil2 awak ni, kalau ikutkan saya nak Tanya banyak lagi ni"...amboi2...gerun la. haha.
 
Last sekali sebelum keluar, bila panel Tanya ada apa2 soalan. Saya Tanya bila keputusan akan diumumkan. Sekali lagi kena perli dengan panel, "soalan macam ni PTD sepatutnya kena tahu, perkara remeh je tu". Nah, atas muka terkena! Tp dia jawab jugak, pertengahan bulan Februari 2015.
 
Dalam setengah jam jugak la, bila keluar bilik, saya tengok org selepas saya tu macam Fresh Graduate. Tunggu suami dtg jemput, siap minum kat Café dengan kawan baru yg iv bilik sebelah tu.
 
Semoga Berjaya. Tawakkal kepada Allah sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...