Mar 20, 2014

Milk Booster

Yeay, dah dapat apa yang diidamkan...





Lamanya cari buah berangan tak jumpa2..masa teringin nak makan ni la tak de, kalau tak, byk je jumpa kt tepi2 jalan org jual.

Teringat masa mula2 masuk keje lps abis pantang, terus kena out station kat Pahang, siap bawak anak2 sekali. OTW ke sana, singgah RnR Genting Sempah, kawan beli buah berangan. Masa tu saya tak de la teringin nak makan sangat. Tgh malam sblm nak tidur, saja makan buah tu. Dah sejuk pun tp masih sedap berlemak lagi. Tgh malam baby merengek nak susu, sambil BF dia sebelah lagi dah basah. Oh ini penyebab milk booster jugak ni. 

Tu yg kali ni tetiba konon nak tambah susu, beriya cari buah berangan. Tmpt yg confirm ada adalah Petaling Street dan AEON tp nk pg PS malas pulak hari kerja, lgpun ptg baru buka. Nak pg AEON aka JJ pun malas. Ari ni baru berkesempatan pg AEON maluri waktu lunch. sekali beli RM14 (400g) rasanya. Makan sampai lebam, hehe...

Tambah Stok Susu

* lama tak update sebab gambar2 tak leh nak transfer ke laptop.

Sebelum ni, stok utk Adrin dari pg-ptg semasa mama pergi kerja adalah 3oz x 6 botol, tp 2 hari ni dah tambah lagi 1 botol, means 7 botol dia minum. Mama kena tambah stok lagi, hopefully masih mencukupi dan production semakin menaik, sebab hari2 dapat bwk balik dlm 15-18oz je. Mungkin sebab jadual pump tak sama hari2. Kena lebih disiplin lps ni..huhu. Kena juga cari milk booster yg lain.

stok masa awal nk masuk kerja dlu, tak banyak pun

setiap hari tak sabar nak balik gomol budak tembam ni

Mar 10, 2014

Jambatan Pulau Pinang Kedua




Kami telah sampai! Tol free seminggu kan..haha...

Kebetulan suami ada meeting di Penang hari Jumaat, saya pun saja ambil cuti sebab hari Sabtu nak pergi family gathering kat Cameron Highland pulak.

Suami meeting di Seberang Jaya je, (kat tanah besar-org penang panggil bagan) tp sempat lagi round naik jambatan baru ke tanjung (pulau), kemudian patah balik melalui jambatan lama.

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama komersilnya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, telah dirasmikan oleh PM Datuk Seri Najib pada minggu lepas. Tol free untuk seminggu ni, jadi kami pun tak tahu kadar tol berapa..haha.

Kami check-in Sunway Hotel sbb ofis hubby dekat ngan hotel ni. Dah booked hotel melalui Agoda.com awal-awal sebabnya dulu pernah terkena nak check in semua hotel penuh. Suami meeting sampai lewat petang, kami 3 beranak stay kt hotel je. Lps hubby abis meeting kami kluar cari makan.

Konon nak makan ikan bawal goreng, tp dah pergi kat De Pauh Garden pulak. Order nasi lauk ikan sweet sour, telur bistik, sotong goreng tepung dan sayur campur goreng. Bila teringat nak tanya kawan, masa tu dah order, rupanya kat situ western food yang sedap especially Chicken Chop. Patutla tgk ramai org order ala carte n chicken chop. Tempat makan agak besar dan selesa. Takpe, next time datang boleh try lagi. Then lps tu konon nak pegi cari steamboat yg kawan duk rekemen sedap tp rupa-rupanya steamboat tu ada ptg je, ramai org beli n cepat tutup. Akhirnya, balik hotel rest dan tidur. Hubby je yg keluar lagi malam tu.

Esok paginya, breakfast di hotel. Mama tak leh nak makan beriya, Adrin menangis nak dukung dan jalan2, stroller ada dalam kereta nak letak dia. Naik hotel, rest n check out. Sempat singgah kat kedai Jeruk Pak Ali sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.















-sambung ke entry Cameron Highland.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...