May 29, 2014

Milk Booster Lagi

Dah lama tak rasa bila tidur malam, bangun pagi basah baju. Adrin pun dah 6 bulan, alhamdulillah masih BF dia. Biasa mama tidur sekali dgn Adrin sebab senang nak BF dia sambil baring dan setakat ni masih belum berpisah tidur malam, kalau out station pun angkut sekali anak2.

Mlm td penat sgt, sambil tidurkan dia dgn mama pun terlena. Sedar2 dlm 5.30am Adrin nak susu terus bagi, tidur mengiring sebelah kanan. Baru perasan baju sebelah kiri basah lenjun. Alhamdulillah. Bila difikir2 balik apa yg mama makan mlm td...rupanya ia pun salah satu milk booster jugak la kot. Padahal dinner tak makan nasi pun, makan mihun tomyam n longan ais je kt kedai masa jumpa kwn2.


Inilah milk booster saya yg terkini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

kawan bagi, petani moden berjaya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

manis, rangup!

May 28, 2014

Happy 6 Months Old Darling

Alhamdulillah Adrin dah masuk 6 bulan. Berat 8.2kg, nurse kt klinik cakap sihat dan tembam, siap tanya bagi susu apa. Alhamdulillah rezeki Adrin utk minum susu ibu masih ada dan mama akan teruskan selagi boleh sampai dua tahun. Ari tu kt kedai ada sorang jurujual tu tgk n siap usik2 Adrin senyum n cakap, ni bagi susu ibu ni..sebab boleh perasan tubuh badan macam mana.

Wkend mama kerja so tak sempat nak spend masa siang hari dgn anak2 kat rumah. Papa pun out station. Walau bagaimanapun, mama sempat masak utk Adrin.

1st menu semi solid food utk Adrin ialah puree carrot..ingat2 lupa lg cara masak. Carrot dipotong kecik dan dikukus (steam), kalau rebus nt khasiat carrot keluar kpd air rebusan. Bila dah lembut atau masak, angkat dan biar sejuk sekejap then baru blend smp hancur. Kemudian boleh makan, tp kena tapis dlu sebab masih belum hancur sebetulnya. Baby 6 bulan belum ada gigi, hehe. Adrin pun pandai, bila mama suap yg besar sikit, dia keluarkan balik. Comey je..hehe. Boleh juga kalau nak dicampurkan dgn EBM bersama-sama puree tu.

Saya cuba gunakan 4 days rule, tapi buat 3 hari je kalau dia tak de alergi pd makanan tu. Next may b epal or nasi. Mama tak sabar nak cuba macam2 menu utk Adik. Dulu pernah terbaca org cakap bg sayur dulu sebab kalau bagi buah dulu, bila baby dah rasa manis buah dulu, dia tak nak makan sayur, betul jugak tu.

May 6, 2014

Temuduga Pegawai Tadbir N41

Entah bila zaman saya minta post Pegawai Tadbir tu, dapat panggil interview 6/5/14 di SPA Putrajaya. Slot petang tp diawalkan pada pagi, sebab nya ramai tak hadir. May b sebab post tu adalah KONTRAK. Saya pergi pun utk dapatkan pengalaman dan nak tanya sendiri status kontraknya bagaimana.

Saya minta utk iv jam 10.00 pg, konon tak nak layan jem pagi2 dan nak study sikit tp akhirnya tak study jugak. Malam tadi tidur awal, bangun awal, Adrin pula jaga banyak kali. Lps tu suami pulak ada slot kt SPM pukul 8.00-8.30pg, tengok la jugak dulu kan. Sampai kt SPA dalam 9 lebih, nak dapatkan parkir pun agak payah, nasib baik bawak kereta kecil boleh selit tepi selekoh. Itu pun kt tmpt parkir berbayar, kt dalam penuh.

Sampai je tingkat 6, register dan terus dipanggil masuk bilik J, dalam pukul 9.30. Huh, sekali lagi tak sempat nak bernafas, sama macam iv PTD ari tu. Saya orang kedua pada hari ini, orang pertama awal-lagi jam 8.00 masuk iv. Masuk je dalam bilik iv, dua orang pegawai PTD penemuduga, seorang daripada SPA dan wakil jabatan daripada JPA. Mula2 pengerusi mohon maaf sebab terpaksa call utk awalkan masa iv, lps tu dia cerita pasal pos PT ni kenapa kontrak. Post PT ni sebenarnya utk mengisi kekosongan PTD seramai 400 org, yg iv ari tu ramai calon gagal, so nak pakai orang jugak terpaksa buka post PT kontrak ni. Saya hanya mengangguk konon faham, lah..haha.dlm hati ckp knplah tak luluskan aje ramai2 PTD ari tu.

Soalan yang ditanya agak mencabar jugak, ke saya yang tak study. Sebabnya saya hanya study buku pentadbiran am shj, isu2 semasa dan pengetahuan am mmg lupa dan tak sempat nk study. Di antara soalan yang ditanya adalah:

- punca kuasa aset
- entiti PBT, beza PBT dan Daerah
- negara komanwel, beza duta dan pesuruhjaya
-GST
- Dasar Pandang ke Timur
- kalau dapat PT nak kerja dalam jabatan mana, kenapa
- apa keja yg saya buat skrg, penilaian terhadap kerja dll.

Pergh, mmg tak puas hati jawab soalan sebab  byk goreng. Takpelah, sebab tak berharap pun kalau dapat post kontrak ni jugak.

Last sekali seblum kluar bila pengerusi tanya ada apa2 soalan, ha apa lagi. Saya tanya beberapa pasal perjawatan awam dan PTD. Puash hati, dulu masa iv PTD panel tak buka soalan pun untuk saya. Last sebelum keluar, pengerusi cakap banyak awak yg tanya soalan kpd saya, haha...lama jugak duk dalam bilik iv, bila keluar tgk jam 10.30pg. dan panel2 tu pun keluar sama, maknanya dah tak de calon selepas saya. 

Itu sahaja perkongsian iv PT saya. Kot lain kali ada iv lagi atau calon2 lain nak tahu may b boleh baca di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...