Aug 22, 2014

Adrin Lapan Bulan

Update Adrin:

6.8.14

Pergi bawak check up Adrin 8 bulan, berat 8.8kg.
Gigi no 2 bawah baru nak tumbuh.
Makan banyak dan berselera, kurang minum air masak.
Mula nak panjat, nak didukung je, dan nak ngan mama je, mama cuti raya lama.

22.08.14

Gigi atas mula tumbuh 2 batang sekaligus. Dah mula menggigit, mlm tadi dah kena sekali. Ouch!
Dah boleh duduk sendiri, daripada baring, angkat bontot dan duduk.
Suka berdiri, nak panjat kerusi, katil, mana2 dinding. Nak bertatih.

Kuih Belimbing

Kuih tradisional daripada Terengganu, my favourite. Kalau balik kg mesti akan cari dan beli kuih ni kat tmpt org jual kuih atau pasar. Rasanya sangat sedap, rangup di luar, gebu di dalam.

kuih belimbing
 
Ari tu tertengok ada orang jual churros, nama omputeh gitu. Try google tgk2 resepinya sama ngn kuih belimbing je. Cuma bentuk dia panjang, pastu mkn dip ngn choc/caramel. Kampung style kuih belimbing jek, hihii...resepi dia hamper sama ngan nak buat cream puff cuma ianya digoreng, cream puff dibakar. Saya tak pernah lagi buat cream puff.
 
 
Resepi:
 
1 cawan tepung
1 cawan air
1 bj telur
1 sb butter
1 sb gula
Esen vanilla
 
Cara2:
 
Masak butter, gula, air dan esen. Bila dah cair, tunggu sejuk, masukkan tepung dan telur. Kacau sebati. Goreng dan toskan. Tabur gula seperti buat donat. Siap untuk dimakan :) 

 
 

Aug 18, 2014

Kek Coklat Moist


Dah lama rasa nak makan ke chocolate moist homemade, suami tak berapa suka coklat so ari tu buat n bagi2 kat kawan2 masa kursus. Best2, boleh buat jual ni, haha...puji diri sendiri.
 
 
Bahan A:
Air, minyak masak, susu pekat, serbuk koko, gula castor - 1 cawan (susu dan gula boleh dikurangkan sikit)
2 bj telur

Bahan B:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Masak bahan A (kecuali telur) dgn api sederhana. 
2bj telur dipukul sekali dan dimasak sekali dgn bahan A. 
Akhir sekali masukkan bahan B, masak bersama.
Kek dikukus/bakar atau guna pemanggang ajaib, guna double boil. 

Bahan C utk topping:

1 cawan minyak masak, serbuk koko, susu pekat 

Panaskan minyak masak, masuk serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. Kalau terlalu pekat, masukkan susu full cream.

Atau nk yg nampak shining lagi guna resipi ni: 

- 1/2 cawan coklat masakan/serbuk koko
- 150ml whipping cream / 3/4 cawan susu pekat
- 1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna double boil, masukkan butter, kacau sampai larut. Kemudian baru masukkan whipping cream. Siap, boleh tuang di atas kek.

Utk guna pemanggang ajaib:

- panaskan air suku bekas dlu dlm pemanggang, bila air mendidih baru masukkan bekas kek dan tutup. Tunggu sehingga kek masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...