Dec 29, 2014

Mee Rebus Terengganu

Musim hujan-hujan, rasa nak makan masakan panas2 macam sup je.

Hari ni buat mee rebus sup, versi Terengganu. Kalau mee rebus biasa, kuah nya mcm mee bandung atau mee jawa tu. Saya kurang suka sikit mee rebus tu. Mi rebus Terengganu lebih kurang macam mee sup.

Resepi: 
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Sayur spt sawi, lobak, tomato
Telur 
Ayam
Fish cake/fish ball (home made) - kali ni tak buat pun
Garam dan gula

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah yg telah dipotong nipis2.
2. Masukkan lada hitam yg telah ditumbuk sedikit.
3. Masukkan air (mcm nk buat sup)
4. Masukkan ayam, fishball dan telur.
5. Masukkan mee dan sayur.
6. Gula dan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dimakan panas2 bersama cili potong dan keropok keping.


Trip To Singapore

Backpackers-last minute-trip-plan to Singapore with my colleagues on last weekend.

Sebelum nak pergi pun ada rasa tak sedap hati jugak, ye la dalam keadaan negara tengah dilanda banjir, takkan nak pergi bersukaria kan, tp sebab tiket dah beli so teruskan je la. Ini pun last month baru plan. Kebetulan kawan ofis tgk harga tiket fligth AA ke Spore murah, hari Sabtu pulak tu, so terus beli je. Tp tiket balik mahal la pulak, so nanti plan nak balik camana kan. Dekat je KL-Spore. Tiket KL-Spore utk 3 orang RM291. Mula tu cam nak pergi balik hari, tp bila difikirkan takut tak cukup masa so kami try tgk harga hotel/hostel, dapatla hostel RM274 utk 3 orang. Ala duk hostel utk tdo dan bersihkan badan je tak perlu nak eksklusif sangat.

Hari pertama:

Flight kami jam 6.10 pg, gigih bangun pagi suami hantar kat KLIA2 pkl 4 pg. Breakfast awal pagi kat McD, siap tapau lagi. Sampai Changi Airport dalam pkl 7.10pg. Baru plan nak g mana2. Sebelum ke sana, ada juga survey dan study tempat menarik dan boleh dilawati. Kat sana kami menggunakan public transport je.

Dari epot kami beli daily pass Singapore Tourist Pass, harga $20 utk satu hari sampai 12.00tgh malam. Kalau dua hari $26 dan tiga hari $30. Kad tu boleh simpan, tak payah return balik seperti yang kami baca sebelum2 ni. Pass tu boleh digunakan untuk LRT, MRT, bus dan juga termasuk bubble jet. Dahla nak beli pass tu kena jalan jauh sikit, kena beli dekat Ticket Office, bukan Passenger Office.

Bila naik MRT dari stesen Changi sehingga ke Tanah Merah, sepatutnya kena tukar tren. Kami tgk dlm map mcm dah di laluan betul, bila tren berhenti semua orang keluar, tinggal kami je yg stay. Nasib baik ada sorang lelaki tu ckp kalau nak ke town kena tukar tren cos tren tu akan patah balik ke epot, hahah..terkejar2 kami keluar dr MRT sebelum pintu tren ditutup.

First place kami pergi adalah Outram Park, untuk ke Merlion (singa keluar air). Kena jalan2 sikit, lintas jalan. Sampai kat situ, bergambar kat area Merlion Park. Sempat rest jap makan burger tapau dr KL, dapat free starbucks coffee dan sempat jugak proses-pump-stok :)

Lps puas bergambar, kami naik balik MRT dr Outram Park terus ke Orchard. Kena tukar tren kat Dhoby Gaut. Kalau kt KL ada 2 LRT je, Putra dan Star tp kt Spore ada 5 laluan, siap bertingkat2 lagi. Mencabar jugakla tgk map dan jalan2 nya. sampai kat Orchard, sampai kat syurga beli belah hahah. Ada Ion Orchard, Isetan dll. Banyak butik LV, Chanel dll barang branded kat situ. Mampu beli Charles & Keith je, haha. Pastu beli Lush dan Cotton On Kids. Nak beli Laduree, harga yang paling murah $28 je, yg murah2 semua abis stock, so tak beli la. Apalah yang sedap dan menyebabkan ianya mahal sangat tu? Perfume pulak beli kat Lucky Plaza, kedai kat dalam yang boss dia perempuan India murah dan berbaloi siap diskaun $3 jer. Yang kedai tepi mula2 masuk tu pekerja dia lelaki Pakistan byk songehn ada juga perfume yang tak de dlm stock dia.

Penat shopping, perut lapar tp sorang tu sakit kaki so kami pergi check-in hostel dulu kat Qlarke Quay. Jenuh jalan cari hostel, jalan South New, sepanjang jalan tu tp tak jumpa kat mana. Tanya orang, rupanya dekat je kitorang yang lalu ikut jauh cari hostel, haha...sangat letih. Dah la cuaca nak hujan. Sampai hostel, mandi, solat n landing jap sebelum keluar cari makan. Rupa hostel berkonsepkan dorm, ada level yg girls only dan ada jugak yg mix. Sekali ngan kami adalah budak2 Cina dari Msia jugak. Tingkat 4 ada tempat untuk makan, siap dgn peti ais, microwave, sinki dan mesin basuh. Ptg tu hari hujan, ada bawak payung 1 je, share 3 org. Tak best nak jalan2, memang redah je la. plan nak naik boat bubble jet dan funvee bus tak sempat. Tempat nak naik boat di stesen MRT Promenade.

Kami naik bas dari hostel, konon tak nak jalan jauh ke MRT dan nak merasa jalan melalui bas tp agak payah jugak sebab dah la banyak laluan satu hala, no bas pun tak tulis details laluan ke mana2, memang kena tanya orang la. Orang Melayu di Spore sangat baik dan peramah, yang Cina kurang membantu. Siap pelancong Indonesia pulak yang tanya kami, haha. Terus berhenti di Hentian Bugis, nak ke Restoran Zamzam pekena nasi beriyani dan martabak yang org cakap sedap sangat tu. hari hujan, punyalah cari Masjid Sultan tak berapa nak nampak. Dalam berlari2 anak meredah lot bangunan tu, jumpalah Restoran Zamzam tu. nak makan sup tulang merah tak sempat, sebab tgk dalam map agak jauh sedikit daripada laluan MRT.

Sampai di Zamzam, dapat meja kat ruang atas kedai, ramainya orang. Order nasi beriyani ayam, daging ($6.50) dan martabak ayam saiz medium ($8). Kenyang makan nasi so tapau balik martabak. Menapak lagi ke MRT Bugis. Tgk jam masih awal, plan nak ke Chinatown. Sementara menunggu MRT, ada staff MRT tegur kami, beliau suggest ke Mustafa Centre yang dibuka 24jam, Chinatown pun tak de apa2 sangat tambahan musim hujan ni so kami tukar plan amik LRT ke Farrer Park. Keluar MRT kena menapak lagi dalam hujan tu, sampai Mustafa tgk macam Mydin je n macam HIG je, kedai yang besar dan barang penuh setiap ruang. Tak de nak beli apa so keluar cari jalan pulang ke MRT pun sesat lagi, hahaha..Sebelum balik sempat singgah Marina Bay. Naik atas Marina ke apa ntah nama, gayat jugak tu. Amik gambar, seb baik hujan dah berhenti. then terus pulang ke hostel naik MRT.

Hujan lebat, kami kena menunggu kat stesen Qlarke Quay dulu sebelum membuat keputusan meredah hujan balik hostel. Sampai kat hostel kena mandi lagi, kalau tak mesti demam esok. Baju dan kasut memang dah basah la.

Hari kedua:

Bangun pagi mandi dan solat subuh, sambung tidur balik. Breakfast roti di hostel dan martabak malam tadi panaskan balik dalam microwave. Lps check out terus plan nak bergambar kat USS, tak nak masuk sebab hujung tahun dan cuti confirm ramai orang. Naik MRT ke stesen Harbour Front, naik Sentosa Express (monorail) $4 ke USS. Jalan2 kat situ, ambil gambar dan cari bas nak ke JB kat situ. Bas pukul 1.00ptg ke JB $7. Sampai kt boarder, bas berhenti utk cop pasport, bas akan tunggu 15minit. Bila sampai JB, masuk whatsapp psl Airasia hilang daripada Surabaya-Singapura. Oh my! semoga semuanya baik2. Solat, lunch dan naik bas ke stesen Larkin (RM2). Bila sampai di Larkin, bas ekspres ke KL ada pukul 5ptg, RM50 (yang ni mahal sebab bas tambahan, bas lain semuanya ada malam je).

Bas berhenti kat RnR Yong Peng, first time sampai kat sini. Sampai KL sebelum pukul 10mlm, suami ambil kat RnR Serdang. Alhamdulillah, selamat semuanya. Balik rumah rindu nak jumpa anak2 dan suami.

Walaupun agak penat berjalan, trip kali ni best. Pergi dgn geng satu kepala, tak de nak kejar apa2, sama2 sakit kaki, sama2 sesat, sama2 terkejar MRT haha..next trip, pls?

Laluan laut yg bz di Singapore

Dah sampai Changi, ok cari wifi dulu

  
Jom cari MRT

In MRT - sebelum kes berlari keluar tren

Nak jugak air masuk mulut

peace yo!
us
 



 

Dec 12, 2014

Temuduga PTD lagi

Alhamdulillah, buat kali kedua saya dipanggil utk iv PTD lagi pada 12.12.14. Kali pertama hari tu, masa mengandungkan Adrin tahun lepas. Boleh baca kat entry ini.
 
Saya tak perlu seat exam online ari tu. Dapat pengecualian. Mula2 masa check mmg kena amik exam lagi. Pada hari nak exam tu rasa sangat malas nak seat exam malam tu. (exam sabtu malam). Sebelum maghrib, terdetik hati nak buka web SPA, rupanya ada pengumuman baru saya dikecualikan daripada seat exam malam tu. Huh, lega. Dah la ada perlawanan bola AFF Cup masa tu. Mungkin sebab saya baru lulus exam last year, so masih valid dan dikecualikan daripada exam tu. Saya teringat ada terbaca masa nak iv Penguasa Kastam dulu pun ada yang dikecualikan daripada seat exam.
 
Sebelum dtg iv, kena study dulu sikit2 pasal isu semasa, GST, IS, hal2 pentadbiran dan kerja skrg, dll...panel iv kali ni org yg sama masa temuduga PT ari tu, boleh baca kat sini so semak balik apa yg panel tu penah tanya dulu. Teringat lagi beliau yg byk provoke masa iv tu..selebihnya tawakkal sahaja.
 
Saya iv pada sesi pagi, suami kata beliau nak hantar pagi ni. Mungkin sekejap je sebab sesi 8.00pg, mungkin saya orang pertama lagi huhu. Sampai je depan SPA, sebelum turun cium tangan suami dan mintak dia doa byk2. Sampai tingkat 6, seperti biasa, serahkan resume dan tunggu. Hari tu juga ada iv jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat.
 
Saya no pertama, tunggu panel sampai lambat juga. Sempat berborak dengan kawan baru yg ada iv Peg Pembangunan Masyarakat. Bila no dipanggil, saya masuk bilik H. Pengerusi En Zainal Abidin. Bilik sebelah pun panel SPA yg perempuan Cina tu. Mula2 masuk, haruslah dalam keadaan sedia, ceria dan bersemangat walaupun dalam hati berdebar2. Panel 2 tu terus menyapa, "ceria nampak hari ni", macam boleh dapat markah lebih je, hahahha....
 
 
Antara soalan2 lain adalah:
 
- dia tgk saya asala negeri mana. Katanya sama tempat ngn KP saya sekarang. Alamak, cakap ala2 provoke dah tu. Dia cakap boleh je stay kt tmpt skrg, kerja dah lama nanti boleh naik pangkat. Masalahnya jawatan saya kan "kontraktor", hihihi. Mestilah nak cari jawatan yg kerja Tetap kan.
 
- Result Degree saya sepatutnya tak lepas utk PTD tp sebab saya ada Masters, so nama saya tersenarai jugak. For info, kelayakan nak dipanggil PTD Degree mesti lebih 3 pointer. Xtaula 3. berapa.
 
- Apa itu Defisit Budget. Bajet 2015 yg PM umumkan. Ada yg boleh jawab ada yang tak. Saya bgtau tak expert bab ekonomi, panel cakap xperlu nak tahu details, PTD kena tahu umum je semua benda, yg details biar bos tahu, hihi..
 
- RMK berapa sekarang
 
- Basic GST, di bawah jabatan mana, kementerian apa, siapa menteri kewangan. Ops, di situ sedikit kesilapan yg telah saya lakukan. Dgn konfiden sy jawab M.Kewangan 2 Tan Sri Hanazlah...panel siap kata saya ni English style, main sebut family name, itu nama ayah dia...huhuhu, haru+malu! Dia pulak tolong betulkan. Aah, saya tahu tp silap sebut masa tu.
 
- KPDNKK dalam English disebut apa. Alamak, saya dah gabra. Ntah pape. Siap panel bg hint sikit2. Ni rentetan daripada soalan GST tadi.
 
- Pastu terus minta saya speaking sikit, apa yg memotivatekan diri utk masuk PTD dan apa yg boleh saya contribute dalam PTD. Saya main cakap je, haha.
 
- Beza Duta dan Pesuruhjaya Tinggi (soalan sama masa iv PTadbir ari tu)
 
- Harga minyak. Cara soalan tu, awak dtg sini naik apa, keta isi minyak apa, harga minyak brp. Nasib baik boleh jawab.
 
- Apa yang awak buat sekarang.
 
- NKRA
 
- Gaji dah tinggi, klu dpt PTD gaji turun balik, suami keje apa, anak berapa, ready ke nak tinggal anak, kesihatan ok tak dll.
 
Alhamdulillah semua ok. Tp gaya panel2 tu tanya soalan mmg provoke je. Last sekali tu panel siap cakap "tebal sijil2 awak ni, kalau ikutkan saya nak Tanya banyak lagi ni"...amboi2...gerun la. haha.
 
Last sekali sebelum keluar, bila panel Tanya ada apa2 soalan. Saya Tanya bila keputusan akan diumumkan. Sekali lagi kena perli dengan panel, "soalan macam ni PTD sepatutnya kena tahu, perkara remeh je tu". Nah, atas muka terkena! Tp dia jawab jugak, pertengahan bulan Februari 2015.
 
Dalam setengah jam jugak la, bila keluar bilik, saya tengok org selepas saya tu macam Fresh Graduate. Tunggu suami dtg jemput, siap minum kat Café dengan kawan baru yg iv bilik sebelah tu.
 
Semoga Berjaya. Tawakkal kepada Allah sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...