Jan 23, 2015

First Meeting 2015

Meeting pertama jabatan pada tahun ni buat kat tempat jauh la pulak. Setelah tukar tarikh dan tunda menunda, tarikh 21-23 Januari, tempat di Pulau Langkawi nun di sana.
 
Slot yang terlibat pagi 22hb je, so boleh lah datang 21hb. Balik 23hb. Lps meeting, terus jalan2 ngan ahli2 mesyuarat mak jemah, hahaha...dating kali ni azamnya tak nak beli pinggan mangkuk periuk belanga, hahaha. Walaupun ada barang yg new arrival, saya berjaya menahankan diri..yeah!
 
Beli coklat banyak weh, sebab stok coklat sedap kat rumah dah abis. Pergi Galeria Tun Mahathir. Nak g Muzium 3D, belum dibuka lagi. Sempat jugak makan laksa kaw dan cendol.
 
Oh, ada pasar malam hari Rabu, ini lagi bagus. Biasa pergi kursus hari minggu, so pergilah pasar malam hari Sabtu. Best pasar malam kat Pekan Kuah tu, saya biasa beli nasi kandar, kuih muih, air. Air milo ais, teh ais, nescafe ais sangat kaw ye. Tak sama macam jual pasar malam tempat lain.

geram tgk beg so colorful

dah ada frozen, beli utk Aleesya

geng meeting jkpak


bbq time

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...