Jan 1, 2015

Ikan singgang Terengganu

Resepi paling mudah nak masak. Ada org panggil masak pindang, masak rebus dsb.

Cara nak buat: gunakan ikan, biasa guna ikan tongkol (org ganu sebut ikan ayer), atau ikan kembung dsb. 
Masukkan ke dlm periuk yg berisi air. Masukkan sekali lengkuas, kunyit hidup dan asam keping. Perasakan dgn garam secukup rasa. Tunggu sehingga masak. Masukkan lada jarum bg membangkitkan lagi selera, hehehe...makan dgn nasi panas, ulam timun dan budu/sambal belacan. Sure makan nasi siap tambah.

Kalau kelantan style, letak serai halia bawang semua tu. Tak de kunyit. Kunyit tu nak bg nampak kuah kekuningan sikit la. 

P/s: abaikan gmbo ikan yg tak senonoh, potong agak besar senang sekali masak je..haha.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...