Feb 20, 2015

Sambal Belacan

Ini resepi sambal belacan Indon atau sambal ayam penyet.

Bahan-bahan:
-cili padi 
-bawang
-tomato
-belacan
-air asam limau 

1. Kesemua bahan-bahan kecuali air asam digoreng dalam minyak hingga layu. 
2. Bahan-bahan tersebut ditumbuk (kalau dikisar akan lebih hancur, kurang mengancam)
3. Perah air asam limau ke atas sambal. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Kemudian digoreng lagi sekali utk menghilangkan air. (Tak goreng pun takpe) boleh terus makan.

Enak dicicah ikan goreng/ayam goreng/ikan bakar/ayam penyet dll


Kalau sambal belacan biasa buat guna resipi:

Cili api dan belacan yg dibakar ditumbuk/blend hingga separuh hancur. Dah siap perasakan dgn garam dan gula, perahkan air asam limau kasturi, potong dan letakkan kulit limau nipis2 sekali, juga boleh masukkan sekali buah mangga telur muda/buah pauh yg dicincang. Marvelous!

Feb 15, 2015

Daging Goreng Kunyit

Resipi:

1. Daging dipotong nipis2
2. Perap dgn kunyit dan garam
3. Masak atas dapur, tmbh myk sikit utk melembutkan daging. Masak sehingga air yg keluar dr daging kering
4. Masukkan kacang panjang dan carrot
5. Masukkan garam/perasa secukup rasa
6. Masuk bawang besar dan cili merah, padamkan api

Simpan resepi simple di sini utk mudahkan rujukan di lain waktu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...